HARUS / PERLU DIELAKKAN
5 Nov 2014, ϟ 0 shout(s)

hi assalammualaikum .. fuhhh ! lama beeno ta update nie .. hahaaa .. ok laa .. dah tgok kann TAJUK kat atas nuhh ? dah ? ok mari kita mulakan .. banyak tauu perangai kawan-2 kita nie .. mcm-2 kerenah , mcm-2 ragam kita boleh nampak sebenarnya .. ok mari kita tgok satu per satu perangai yg boleh kita nampak ..
1. Jenis talam dua muka. Aku paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita tersebut akan sampai ke telinga orang lain.
haa tudia .. TALAM BERMUKA-2 .. hahaha . banyak sebenarnya org cmni .. kita sendiri boleh tgok .. dia dok cerita pasal kita kat org .. mcm org ta cerita pasal dia kat kitaa . hahaha .. ok .. kita tgok yg ke-2 dan seterusnya pulakk
2. Jenis kuat touching. Sekali-sekala nak touching memang takde hal punya. Tapi kalau sikit-sikit nak touching, siapa boleh tahan kan? Kena kutuk sikit dah touching. Kalau setakat touching 5 minit tu boleh considered lagi tapi kalau dah sampai seminggu nak touching, call pun tak angkat, message pun tak reply, memang melampau lah kan.
3. Jenis suka meninggi diri/cakap besar Aku ada jugak kawan yang jenis meninggi diri/cakap besar ni. Kira dialah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat, semuanya salah, dia je la yang betul. Konon serba-serbi semua benda dia tahu dari A sampai Z. Kalau nak tahu jenis orang yang suka meninggi diri ni selalunya dia suka condemn orang. Orang yang suka meninggi diri ni jugak selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ada je yang tak kena.
4. Jenis batu api/menghasut Ini adalah merupakan ciri-ciri kawan yang memang patut kita elakkan. Bukan patut tapi memang wajib kita elak. Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?
5. Jenis tikam belakang/kawan makan kawan Kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya.
6. Jenis suka merendahkan orang lain Kawan jenis ni tak bahaya sangat. Tapi kalau boleh cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni.
7. Jenis suka menipu dan memberi alasan Kawan yang jenis suka menipu dan suka memberi alasan ni pun belambak jugak. Susah sangat ke nak bercakap benda yang benar? Kalau sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai tahap sikit-sikit nak bagi alasan, sikit-sikit nak menipu, memang orang tak akan percaya dah la. Ingat satu je, kalau kita suka sangat menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah kat kita, kawan-kawan tak akan membantu punya sebab kat muka tu dah ada cop mohor 'KAKI PENIPU'.
8. Jenis hangat-hangat tahi ayam. Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut.
9. Jenis panas baran Kalau bab mengutuk orang, memaki orang dia memang terel. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri mulalah nak panas baran semacam. Memang aku paling pantang sekali dengan orang jenis panas baran ni.
10. Jenis berkira/suka mengungkit Kadang-kadang dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat macam kawan kita pinjam RM100 kat kita.


Terima Kasih :) Nanti Baca Lagi :*

new past



Credit

Skin Made By : HafizZulkafly . Edit by Nr.faeza . Others Help :